Sunday, February 23, 2014

~Bila usrah jadi budaya..~



Bismillahirrahmanirrahim..

Blog dah berhabuk..amik bulu ayam,sapu-sapu sikit.Berhabuk lagi, sental kuat-kuat..
Huihh tak jadi la, berhabuk lagi..Nampak tak apa maknanya tu..??
Betapa blog dah merajuk lama sangat tak diupdate.
Lama sungguh rasanya tak post entri-entri baru dalam blog ni.
Moga-moga itu bukan petanda saya sudah tawaqquf daripada jalan dakwah ini..
Dakwah itu tujuannya satu,tapi wasilahnya banyak..
Buatlah mana yang mampu, manfaatkanlah setiap anggota tubuh badan kita
Untuk bekerja,untuk ISLAM..

Mungkin salah satu caranya dengan ber'usrah'..

Teringin nak kongsi..
Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya,ada antara kita yang takut sangat dengan perkataan 'usrah' ni, senang cerita 'anti usrah' lah ea..dah rasa macam satu tabu pulak perkataan ni kan..
Bila dengar je ada orang nak pergi usrah, huihh panas telinga, tak senang duduk, meremang bulu roma..dah berhantu gayanya usrah ni..apa masalah sebenarnya..??
Terpaksalah ditukar perkataan tu jadi 'bulatan gumbira' lah, 'geng bas sekolah' lah, 'kiter-kiter jerr' dan macam-macam lagilah nama-nama yang canggih kan..ingatkan dah tukar nama, settle masalah..
Tapi hakikatnya golongan 'anti usrah' ni masih tak senang duduk selagi mana mereka nampak ada anak-anak muda lima enam orang duduk-duduk dalam bulatan, cakap-cakap, makan suap-suap..
Without even knowing what are those syabab(pemuda) doing, they will simply say that.."budak-budak ni ada agenda ni..". Should we say,"Yes,we have. Agenda mengislahkan diri,mengislahkan ummah. Nak tambah ilmu.Is that sounds bad to you guys..??"
"Nak tambah ilmu, nak jadi baik, pergilah kuliah-kuliah agama. Tengok video-video ceramah.Reti..?"

"Kita umat Rasulullah s.a.w. Qudwah terbaik, teladan terbaik..Nabi berdakwah, sampaikan islam bukan dengan bagi kuliah je. Sahabat-sahabat nabi nak belajar tentang islam bukan setakat dengar kuliah nabi je, sahabat-sahabat jumpa face to face dengan nabi. Berlaga lutut Nabi dengan lutut sahabat. Nabi selami jiwa mereka. Makan sama-sama, bahkan Nabi pun bergurau dengan sahabat.Kuatkah kita..cukupkah sekadar dengar kuliah, kita dapat jadi muslim yang soleh dan muslih..??"

Kalau dah cerita panjang lebar pun tak faham jugak kenapa nak sangat berusrah,,senang cerita macam ni la..
Andai kita seorang student, yang mana satu kita lebih senang faham, dengar lecturer bagi kuliah dalam dewan kuliah atau kita jumpa personally dengan lecturer tu..??As for me, the second one is better.

Bagi mereka yang kurang senang dengan usrah, terasa macam usrah ini satu agenda..Please reflect yourself, barangkali anda yang punya agenda..Selagimana ada insan-insan yang berkumpul melakukan kebaikan,apa salahnya disokong.Kalau tak suka, tak nak sokong tiada masalah, tapi usah ditentang..Kerana yang anda tentang itu ialah mereka-mereka yang berkumpul menyebut-nyebut nama Allah.
Allah..Tuhan Penguasa Hari Kebangkitan..

Selagimana tiada golongan yang berusaha meletakkan islam di tempat tertinggi,,selagi itulah usrah ini sesuatu yang asing di mata masyarakat..Bilamana suatu masa Allah tetapkan Islam ini berada di puncak,,Islam menjadi topik perbualan,kemegahan Islam tersebar ke seluruh alam..USRAH pasti akan jadi suatu budaya..
Semua orang sibuk berusrah,,USRAH bukan lagi suatu yang asing, ia tidak lagi dibenci..yang asingnya ialah orang-orang yang lari daripada usrah..Kalaupun bukan sewaktu hayat kita Allah takdirkan Islam menang, moga kita punya sumbanganuntuk generasi pewaris kita merasa hebatnya penangan mereka yang berkumpul dan berusaha meletakkan Islam di tempat tertinggi..

Pandanglah pada nama-nama mereka yang kini disebut sebagai pejuang islam
They start with USRAH..

                                            *USRAH is not about ME, but it's about US*







No comments:

Post a Comment