Wednesday, August 15, 2012


Masih Mencari

Ramadhan hampir melabuhkan tirai
Tapi belum terlambat untuk merebut waktu yang berbaki
untuk menjadikan ini Ramadan terbaik yang lalui..

Setelah sekian lama berdoa
Setelah begitu banyak kegagalan yang ditempuhi
Belum tentu ini yang terbaik 
Mungkin terbaik yang ana rasakan 
Belum tentu itu yang terbaik pada Tuhan ana


A216

                                                  Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) 
                    sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu 
                   padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. 
                      Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 


Boleh jadi apa yang kita rasakan baik bagi kita
kenyataannya ia buruk pada kita
Boleh jadi apa yang kita rasakan buruk bagi kita
kenyataannya itulah yang baik pada kita 
Betapa terbatasnya pengetahuan makhluk
sedangkan Dialah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu 

Firman Allah ini sentiasa menjadi pengubat dan kekuatan 
tatakala diri ini lemas dengan ujian yang kecil cuma
tatkala iman ini goyah dengan dugaan yang tak sebesar mana

Dan sehingga sekarang walaupun jawapannya dah pun di depan mata
Impian seakan-akan bakal menjadi nyata 
Ana tetap tertanya-tanya,di sinikah tempatku..??
Takut tak mampu,bimbang kecundang di pertengahan jalan
Bimbang ini bukan yang terbaik bagi Tuhanku
 
Tapi bila ditanya pada diri sendiri
Kenapa harus takut pada sebuah kegagalan..??
Kegagalan bukan satu jenayah
Kegagalan juga bukan satu dosa
Malah kegagalan adalah satu motivasi

Lantas,ana berbisik pada diri sendiri
Ini yang Allah tetapkan,pasti ini yang terbaik
Andai di tengah jalan nanti diuji dengan kegagalan 
dan ketidakmampuan,,adakah itu juga yang terbaik..??
Ya,,pasti itu juga yang terbaik..
Kerana Dia sebaik-baik perancang
Di sebalik kegagalan itu pasti Dia mengaturkan 
hikmah yang maha hebat untuk diteladani 


Sedikit masa yang berbaki sebelum mendaftar ke fakulti 
Ana terus berharap dan berdoa..semoga 
di sana ada keghairahan mencari ilmu
di sana ada teman2 yang mampu membimbing
di sana ada keredhaan mengiringi perjalanan
Dan semoga di mana jua sahabat2 berada
Di sana kalian mampu melihat hikmahnya
Amiin ya Rabbal 'Alamiin..


 Bilik Mayat 


Boleh dikatakan acap kali ana melalui jalan di depan Hospital Dungun
Memandangkan jalan itu ialah main road ke bandar Dungun dari rumah
Dan setiap kali itu jugalah ana akan menoleh ke arah Bilik Mayat
yang terletak betul2 di tepi pagar hospital..

Teringat waktu kecik2 dulu
Setiap kali lalu depan hospital ini,baba cakap kalau lampu bilik mayat menyala
maksudnya ada orang baru meninggal dunia
Jadi setiap kali lalu,tengok bilik mayat dah jadi satu habit
Bezanya,kalau dulu tengok dengan pandangan yang kosong
Tak ada apa2 makna..Yang adanya rasa takut sikit.
Sekarang,walaupun dah tahu tak semestinya kalau lampu bilik mayat nyala
ada  orang baru meninggal dunia..
Boleh jadi jenazah dah lama meninggal,cuma baru dituntut
Boleh jadi nak buat post mortem pada mayat yang dah lama,,maybe
But still,setiap kali lalu ana akan tengok bilik mayat
Tapi dengan pandangan yang lebih bermakna
Pandangan yang lebih memberi keinsafan kepada diri
  
Setiap kali tengok lampu bilik mayat menyala
Setiap kali itu juga mengingatkan diri
Hari ini,Si Fulan..Si Fulanah dah dipanggil bertemu Tuhan
Tak siapa tahu siapa seterusnya
Tapi semua tahu masa kita pasti tiba..

Tak kira di mana nyawa kita dicabut
Mungkin kesudahan kita di bilik mayat,mungkin tidak
Semoga kita semua ke syurga..
Amiin..

Salam Muhasabah
 

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Terbaik

Allahumma bariklana fi rejab wa syaa'ban wa ballighna ramadhan..
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah,kita disampaikan ke bulan Ramadan
tapi belum tentu Allah izinkan kita utk menikmati sebulan penuh bulan barakah ini
mungkin tahun ini ramadan terakhir atau mungkin hari ini ramadan terakhir
wallahua'lam..

Maka,setiap hari tajdidkan niat utk jadikan Ramadan ini Ramadan terbaik yg kita lalui
pasakkan azam utk mulakan setiap hari di bulan ini dgn ibadah 
hebatnya ramadan,,dikhususkan ibadat2 tertentu seperti solat tarawih,,
bahkan ibadah2 yg lazim kita lakukan di bulan2 lain pon digandakan ganjarannya
apabila dilaksanakan dalam bulan ramadan..

Pada tahun ini,insyallah sebulan penuh bulan ramadan ana sambut di rumah,,
Alhamdulillah,dah lama sangat x puasa penuh kat rumah.
Plus,di masjid sura ni imam utk solat tarawih ialah Ustaz Sukri Omar dan Ustaz Nafis Nawi
daripada sekolh dulu,imtiaz dungun,,so jd macam excited ckit..
pasal dah lama x dengar khabar dan suara ustaz2 ni,,
Allahu yubariku fiihima,,hmm,,betul ke dhamir ni..??

peringatan buat diri dan para sahabat:
di saat kita menggesa diri memaksimumkan ibadah
memeperbanyakkan kuantiti solat,tadarus alquran dalam bulan ramadan,, 
jangan lupa yg lebih penting ialah ibadah yg optimum
yakni dalam keadaan terbaik dan lebih berkualiti
puasa yg lebih sempurna,,solat yang lebih khusyuk,,
ibadah dalam keadaan hati yg lebih bersih..
insyaallah..




sebagai kalam penutupan,ana kongsikan sedikit kata2 drp seorang sahabat..

Salam Ramadan,
Datang ia setahun sekali,
Saat paling dinanti-nantikan,
Tingkatkan pahala bekalan ukhrawi,
Jadikan bulan mentarbiah diri,
Pohon keampunan semaksima diri,
Moga lailatul qadar dapat dikecapi.

Wassalam

Sunday, June 17, 2012

~hakikat cemburu~


Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lebih sebulan bercuti di rumah,
Dan dah lebih sebulan bekerja sementara,
Dan khamis lalu menamatkan episod kerja sementara di smsd,
Sengaja mintak berhenti drp umi,walaopon cuti berbaki berbulan2 lagi,
Sebabnya x tahu,jadi makin lama masa memerap di rumah,
Dan semalam dah pon selamat menghabiskan semua novel2 yg ada kat rumah,
Sebelum tidur mesti baca sikit2,nak bagi mengantuk punya pasal.

Dan hari ini terdetik nak tulis pasal hakikat cemburu,
yang mungkin ramai antara kita mentafsirkannya dengan cara yg berbeza2.
Majoriti menafsirkan cemburu apabila melibatkan pasangan kekasih,
dengan konflik masing2 lah,,
cemburu bila kekasih bersama dgn orang lain,different gender,,
cemburu bila seseorang yg disayangi bermesra2 dgn orang lain..etc.
dan macam2 lagilah,,tak berminat nak ulas panjang2..

setelah ana habiskan baca novel 'Kidung Selawat Zaki & Zulfa'
karya Taufiqurrahman al-Azizy,,
berminat utk berkongsi tentang hakikat cemburu yg disampaikan oleh penulis novel ini..

Petikan daripada novel tersebut:
Tatkala Zaki menyuarakan kepada ayahnya,Kiai Masduqi,tentang rasa cemburunya
apabila tunangnya Zulfa keluar bersama lelaki yg menaruh perasaan terhadapnya,Dimas..

Kiai Masduqi berkata,,Zaki,...
"Sesungguhnya yang ada pada dirimu,yang ada pada hatimu,bukan perasaan cemburu.
 Tetapi,kamu terjebak pada perasaan rendah jiwa yang bernama iri hati.."

Lupakah kamu pada hakikat cemburu..???

Cemburu itu adalah ketika menyaksikan seorang alim yang berilmu,sedangkan kamu
belum mencapai tahap ilmu sang alim itu.
Cemburu adalah ketika kamu melihat seorang abid yang tunduk tersungkur bersujud di
hadapan Tuhannya,sedangkan kamu belum mampu melakukan hal seperti itu.
Cemburu adalah ketika kamu belum mampu mencapai keluhuran dan kemuliaan
sebagaimana hamba2 Allah sudah mencapainya.
Cemburu adalah ketika dia yang kamu cintai mengalahkanmu dalam mendekatkan
diri kepada Allah.
Cemburu adalah penjagaanmu terhadap dia yang kamu cintai agar dirinya selalu
berusaha mendekati Allah. 

Seringkali terdetik di hati ini..

Aku cemburu melihat sahabatku yang tranformasi dirinya begitu hebat saat
hidayah Allah menyapa.
Aku cemburu melihat sahabatku itu begitu kental dan tabah menghadapi
ujian dariMu.
Aku cemburu tatkala melihat mereka yang seagama denganku berjuang bermati-matian
menegakkkan agama yang suci ini,tapi aku masih di sini,,apa sumbanganku??
Aku cemburu melihat dia yang petah berkata-kata,lancar berbicara,berbekalkan
ilmu menggunung di dada,menympaikan azimat yg mampu menjentik jiwa mereka2 yg sedang leka..

Aku begitu cemburu,,tapi tidak pernah aku mengharapkan agar Allah menarik
kembali hidayah itu dari mereka,tak pernah aku bermohon agar jiwa mereka lemah
dengan dugaanMu,tak pernah aku berdoa agarEngkau melunturkan semangat
juang mereka..malah aku memohon agar Engkau tambahkannya,ya Allah..
Malah aku juga berdoa agar aku juga bersama2 mereka,
golongan yang Engkau berikan hidayah,
golongan yang sentiasa meningkat keimanan setiap kali diuji,
golongan yang tidak pernah gentar,
yang tak mungkin berpaling dari perjuangan yang suci ini..

Ya Allah.kau bimbinglah kecemburuanku ini ke jalanMu,,
agar tidak terhasut oleh bisikan syaitan durjana yang mampu memesongkanku..
Ya Allah,kau pasakkanlah keyakinan kami atas segala yang telah
Engkau tetapkan buat hamba2Mu ini.

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya,,
Rasa bahagia dengan ujian walaupon perit,,
Di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..
Indahnya tarbiah Allah,tersirat rahmat dan hikmah..
Diuji kita sebagai tanda sayangNya,,
Bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya.
Begitulah rupanya berkasih dengan Allah.,,
Takkan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah,
Tapi dilindungi dengan ujian dan cobaan yang tak berkesudahan..
Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah kepada hamba2Nya..

Siiru 'ala barakatillah,,
Salam penyudah bicara,,
Wassalam


Sunday, May 13, 2012

~it's not the time yet~



nanti dululah...                                                                                            
tengok la dulu macam mana...
belum rasa perlu lagi la...       


x tau ni kes dilema ke apa...
sebenarnya bukan dilema pon..
cuma bila kawan2 asyik bertanya..
ana mula berkira2 dan terpikir2..
tapi still x terasa nak buat akaun facebook..
why..??why..??why..??
x tahu..x tahu..x tahu...


ana akui banyak kebaikan fb ni,kalau diguna pada jalan yg betul..
x kurang juga keburukannya,bagi yg menyalahgunakannya..
bergantung pada diri masing2,jalan mana yg kita pilih.


mungkin sebab takut,ana pilih utk belum buat fb..
takut x mampu..??takut ketagih..??takut x boleh berhenti..??
banyak sangat kemungkinan..


semasa di kampus sebelum ni,,rasa x perlu buat,,
sebab..1st x ada laptop,so macam memang x bukak sangat la kot..
nak kena pergi library dulu..dan ana bukan jenis yg boleh mengadap laptop lama2..
2nd,kawan2 yg ada fb akan bagitau apa2 aje maklumat yg berkaitan
sebab dia tahu ana x ada fb,,thanx aini..


sebelum balik cuti baru2 ini,housemate suruh ana buat masa cuti ini,,
supaya senang nak communicate in case lepas ni x ada peluang nak berjumpa lagi..
jawapan ana,,insyaallah..tengok la dulu macam mana..


ada satu perkara nak share yg buat ana lebih teragak2 utk buat fb..
sebelum final exam baru2 ini,ust hasrizal jamil iaitu pemilik laman saifulislam.com
datang ke usim untuk talk "analog & digital"..
alhamdulillah,syukur sangat dapat hadir walaupon x sengaja,,hehe..
sebenarnya tertinggal bas,jadi decided utk stay di kampus memandangkan time tu dah maghrib..
akhirnya dapat hadir talk yg cukup bermanfaat,,itulah hikmahnya..terima kasih,ya Allah..


ustaz ada cakap pasal perubahan dirinya selepas aktif ber'fb'..
beliau rasa macam ada aje benda nak cerita dalam fb..
sampaikan bila beliau tersedar yg beliau terlalu asyik dengan fb,,
sampaikan affects his writing,,he decided to stop,,maybe..
dan beliau kata sangat susah nak berhenti,,rasa macam hilang something drp hidup..
and it takes quite a long time utk mengawal perasaan itu..


then,masa tu ana macam....ngeeeeee...ngeri...
takut...yup,,lebih takut drp sebelum ini..
sebab ana hanya insan yg biasa,yg terlalu lemah mengawal nafsu..
takut x mampu..takut terlalu leka..takut tersasar dari landasan sebenar..nauzubillahiminzalik..
ana nak ucap tahniah buat sahabt2 yg berjaya mengemudi fb anda ke jalan yg diredhai..
semoga semuanya mendatangkan manfaat yg significant utk pembangunan ummah


so,kata putusnya belum pasti..
insyaallah,jika diberi kekuatan & kesempatan & kemampuan..
masanya akan tiba,,tup2,esok dah ada,,hehe,,gurau...


akhir kata,,ambillah mutiara dan buanglah lumpurnya..
wassalam..

Monday, May 7, 2012

~new~

hari ini ana ambil keputusan utk tukar address blog ini..
kerana address yang lama dirasakan sangat tidak layak
dan x bertepatan dgn diri ana sendiri..

alhamdulillah,address barunya seperti tertera.."coretankalamrabbani.blogspot.com"
semoga setiap apa yg ana coretkan & nukilkan dalam blog ini bersifat rabbani
yakni mampu mendekatkan diri kita kepada Allah..amiin..

setelah sekian lama menyepi dari menulis sesuatu..
mudah-mudahan ini bukan coretan terakhir,,
atau kedua terakhir,,
atau ketiga terakhir,,
semoga Allah kurniakan kekuatan untuk istiqomah..
semoga thabit di jalanNya..

wassalam

Saturday, May 5, 2012

~A LONG BREAK~


Tepat 12 tengahari...
semua calon,,masa menjawab telah tamat..
merdeka!!merdeka!!merdeka!!
huhu,nak tergelak pon ada bila dengar 
sekelompok muslimin melaungkan merdeka..
masa tu x tahu apa sebenarnya perasaan di hati ni..
yg pasti syukur,,lega,,final exam was over..
tapi perjuangan belom selesai..

ambil kesempatan ke nilai3 bersama 
housemate for the last time in tamhidi..
malam tu jugak bertolak pulang.
Alhamdulillah,,
tapi sedih sebenarnya,,nk berpisah 
dgn housemate terchenta..

setahun usia perkenalan,,of course la rapat..
tapi ana seolah2 baru tersedar betapa untungnya diri ini.
bila dalam kereta umi ckp,bgus ea kwn2,,baik je 
sumenya,,dlam masa sama umi bgtau ttg roomates 
seorang sepupu yg agak kurang baik perangainya..
masa tulah ana rasa,,,bertuahnya aku ni..
ada housemtes yg sgt2 baik
sgt penyabar,supportive,dpt jadi teman belajar,
teman tidur,,hehe..

semoga ukhuwwah kita kekal ke syurga,,
walaupon jarak memisahkan,,kos membezakan,
insyaallah kenangan bersama takkan ana lupakan..

dan ana yakin kalau kita bersahabat,
bercinta,berukhuwah kerana Allah,
insyaallah bertemu x jemu,berpisah x gelisah..
kalau dipanjangkan umur,,insayallah bulan 9 nanti
kita jumpa..

pasal keputusan final,,
nak masuk fakulti mana lepas ni..??
rasa dah x larat nak fikir..
borang kemasukan fakulti pon dah isi,,
hanya mohon Allah permudahkan & perkenankan semuanya..
Ya Allah,di mana jua Kau tempatkan aku & sahabt2
jadikan kami hamba2Mu yang bersyukur
jadikan kami hamba yang redha
kerana ketetapanMu jua yang terbaik

We have done our best,,
Allah will do the rest..

..Salam Ukhuwwah..
hope i can write more
InsyaAllah