Sunday, February 23, 2014

~Bila usrah jadi budaya..~



Bismillahirrahmanirrahim..

Blog dah berhabuk..amik bulu ayam,sapu-sapu sikit.Berhabuk lagi, sental kuat-kuat..
Huihh tak jadi la, berhabuk lagi..Nampak tak apa maknanya tu..??
Betapa blog dah merajuk lama sangat tak diupdate.
Lama sungguh rasanya tak post entri-entri baru dalam blog ni.
Moga-moga itu bukan petanda saya sudah tawaqquf daripada jalan dakwah ini..
Dakwah itu tujuannya satu,tapi wasilahnya banyak..
Buatlah mana yang mampu, manfaatkanlah setiap anggota tubuh badan kita
Untuk bekerja,untuk ISLAM..

Mungkin salah satu caranya dengan ber'usrah'..

Teringin nak kongsi..
Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya,ada antara kita yang takut sangat dengan perkataan 'usrah' ni, senang cerita 'anti usrah' lah ea..dah rasa macam satu tabu pulak perkataan ni kan..
Bila dengar je ada orang nak pergi usrah, huihh panas telinga, tak senang duduk, meremang bulu roma..dah berhantu gayanya usrah ni..apa masalah sebenarnya..??
Terpaksalah ditukar perkataan tu jadi 'bulatan gumbira' lah, 'geng bas sekolah' lah, 'kiter-kiter jerr' dan macam-macam lagilah nama-nama yang canggih kan..ingatkan dah tukar nama, settle masalah..
Tapi hakikatnya golongan 'anti usrah' ni masih tak senang duduk selagi mana mereka nampak ada anak-anak muda lima enam orang duduk-duduk dalam bulatan, cakap-cakap, makan suap-suap..
Without even knowing what are those syabab(pemuda) doing, they will simply say that.."budak-budak ni ada agenda ni..". Should we say,"Yes,we have. Agenda mengislahkan diri,mengislahkan ummah. Nak tambah ilmu.Is that sounds bad to you guys..??"
"Nak tambah ilmu, nak jadi baik, pergilah kuliah-kuliah agama. Tengok video-video ceramah.Reti..?"

"Kita umat Rasulullah s.a.w. Qudwah terbaik, teladan terbaik..Nabi berdakwah, sampaikan islam bukan dengan bagi kuliah je. Sahabat-sahabat nabi nak belajar tentang islam bukan setakat dengar kuliah nabi je, sahabat-sahabat jumpa face to face dengan nabi. Berlaga lutut Nabi dengan lutut sahabat. Nabi selami jiwa mereka. Makan sama-sama, bahkan Nabi pun bergurau dengan sahabat.Kuatkah kita..cukupkah sekadar dengar kuliah, kita dapat jadi muslim yang soleh dan muslih..??"

Kalau dah cerita panjang lebar pun tak faham jugak kenapa nak sangat berusrah,,senang cerita macam ni la..
Andai kita seorang student, yang mana satu kita lebih senang faham, dengar lecturer bagi kuliah dalam dewan kuliah atau kita jumpa personally dengan lecturer tu..??As for me, the second one is better.

Bagi mereka yang kurang senang dengan usrah, terasa macam usrah ini satu agenda..Please reflect yourself, barangkali anda yang punya agenda..Selagimana ada insan-insan yang berkumpul melakukan kebaikan,apa salahnya disokong.Kalau tak suka, tak nak sokong tiada masalah, tapi usah ditentang..Kerana yang anda tentang itu ialah mereka-mereka yang berkumpul menyebut-nyebut nama Allah.
Allah..Tuhan Penguasa Hari Kebangkitan..

Selagimana tiada golongan yang berusaha meletakkan islam di tempat tertinggi,,selagi itulah usrah ini sesuatu yang asing di mata masyarakat..Bilamana suatu masa Allah tetapkan Islam ini berada di puncak,,Islam menjadi topik perbualan,kemegahan Islam tersebar ke seluruh alam..USRAH pasti akan jadi suatu budaya..
Semua orang sibuk berusrah,,USRAH bukan lagi suatu yang asing, ia tidak lagi dibenci..yang asingnya ialah orang-orang yang lari daripada usrah..Kalaupun bukan sewaktu hayat kita Allah takdirkan Islam menang, moga kita punya sumbanganuntuk generasi pewaris kita merasa hebatnya penangan mereka yang berkumpul dan berusaha meletakkan Islam di tempat tertinggi..

Pandanglah pada nama-nama mereka yang kini disebut sebagai pejuang islam
They start with USRAH..

                                            *USRAH is not about ME, but it's about US*







Thursday, July 11, 2013

...KeTUkAn RaMaDhAn...

Bismillahirrahmanirrahim..
salam ramadhan karim...

baru selesai 2 ramadhan
tapi dah rasa penat,rasa letih
bukan penat puasa,bukan penat tahan lapar,tahan dahaga
tapi penat sangat nak mujahadah,penat sangat nak istiqomah
bila sehari demi sehari berlalu,rasa macam nak ketuk2 je kepala
tapi sabarkan hati,renung balik,muhasabah balik

kenapa letih?kenapa penat?kenapa nak ketuk kepala?
sebab rasa hidup dah hampir 20 tahun,tapi iman..??amal..??ilmu..??takat tu jugak..
tanya diri sendiri,kenapa hari ni tak jadi lebih baik dari hari semalam.?
apa sebab ramadan kali ni tak jadi lebih baik daripada ramadan lepas..?
atau at least usahalah untuk jadikan ramadan kali ni ramadan terbaik..!!!
jangan jadi manusia rugi..Allah sediakan macam2 kelebihan bulan ramadan,kita buat tak tahu jer..

tiap2 tahun buat checklist ramadan,dan tiap2 tahun jugak ada jer yang tak terlaksana..
mana tak sedihnya..tahun ni,takpe kita try lagi
renew azam,,gandakan usaha,,kuatkan mujahadah,,jangan lupa istiqomah
buat checklist ramadan yang baru,insyaallah lebih teratur dengan mutabaah ramadhan..
walaupun dalam masa yang sama,ada suara jahat dalam diri yang sibuk cakap..

'cukup2lah tu,,udoh2 ler..'
'x payah nak checklist sangat,,bukan ikut pon..'
'tiap2 tahun sama jer ending nyer,tak tercapai pon..'

kalau diikutkan sangat suara2 jahat,kita takkan ke mana,kita jadi dungu..
lebih baik tanamkan azam,usaha sungguh2 dan akhirnya kita tawakkal pada Allah
sebab Allah dah sebut dalam Quran..
"apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah.."
tapi jangan lupa yang paling penting,,apa jua perkara yang kita buat biarlah kerana Allah
kalau beramal kerana dahagakan pujian manusia,maka amal itu sia2..
tiada apa yang tersisa buatmu,hanyalah penat dan lelah..
kalau beramal kerana Allah,yang kita peroleh ialah kasih Rabbi,
kasih yang tiada segenap makhluk mampu memberi,,

tiba2 kan,bulan ramadan ni teringin nak jadi penagih,nak ajak sahabat2 sekali,
bukan jadi penagih dadah,tapi jom jadi penagih cinta rabbi..
nak rebut rahmat Allah,maghfirah Allah..moga kita selamat dari api neraka
sebut 'jom' memang senang,senang sangat..jom itu..jom ini..
tapi..to make the very first move sangatlah payah..

*nak tahan diri drpd lapar,dahaga,perkara2 yang batalkan puasa..
  org ckp,yang ni senang je,kan dah biasa..

yang payah macam mana pulak..
*nak jaga lidah drp mengumpat,mengata,mengutuk..(payah sangat)
*nak jaga mata daripada tengok benda2 haram,bukan tengok maksiat je haram,tengok muslimin 
  yang wara' + tawadhu' pon haram (owh yer ek..??muslimin pon haram..??)
  Yelah,,bukannya muslimin tu haram,tapi kalau kita yang tengok terkebil2 dua tiga kali,yang tu
  dah bukan namanya rezeki,tapi haramlah jadinya kan,,
*nak kuatkan iman,angkat selimut,tahajjud kejap
*nak isi masa dengan tadarus alquran,baca buku2 ilmiah..
*nak gagahkan diri solat tarawih,..
  banyak lagi lah,boleh pikir sendiri..  

mohon pada Allah,moga Dia permudahkan..
mujahadah kena tinggi..
kata nak jadi pejuang agama Allah,..
kata nak berada dalam saf muslimin yang tegakkan kalimah Allah..
jangan jadi manja,jangan jadi lembik..
sebab jundul islam tak manja,jundul islam tak pernah lembik..

saya bukan budak baik..memang saya bukan budak baik..
siapa tahu luaran saya tak sama seperti dalaman saya..
siapa tahu barangkali hati saya busuk..
siapa tahu mungkin saya hipokrit..
siapa tahu selama ini saya lindungi kehitaman wajah saya dengan topeng putih..
keputihan dan kejernihan yang kalian lihat hanyalah topeng semata..
tak siapa tahu..hanya Allah yang tahu..
tapi saya sama sahaja seperti kalian..
sehitam mana pon wajah sebenar saya..
saya teringin sekali untuk berubah..
saya teringin sekali jadi budak baik..
saya sama sahaja seperti kalian,
saya ingin jadi hamba yang solehah,anak yang solehah,sahabat yang solehah..
dan saya teramat yakin,kalian juga pasti begitu..

tegurlah saya,agar saya mampu menegur kalian..
bimbinglah saya,agar saya bisa membimbing kalian..
mari kita saling bantu-membantu,sebab Allah suka orang yang
berbantu-bantu dalam jalan kebaikan..

'...aslih nafsak wad'u ghairak...' 



 ***tiba2 buat title ketukan ramadhan,sebab awal2 tadi rasa nak mengetuk2 kepala kan..
       jangan konfius dengan ketuk2 ramadhan..





Thursday, June 20, 2013

Assalamualaikum wbt..

musim2 exam ni, jom sama2 fikir, sama-sama hisab
bilangan A bukanlah penentu segalanya..
banyak @ sikit...??
semuanya rezeki Allah..
percaturan Ilahi..
yg mmg dah sedia tersurat..
cuma kita aje yang  tak tahu..

teringat balik content dalam Solusi yang dah lama baca dulu..
cukup memberi semangat n kekuatan..
agar kita reda dgn ketentuanNya..

Dr Fadilah Kamsah ada menyatakan bhw samada 
KEJAYAAN @ KEGAGALAN ada 2 kemungkinan..
yg perlu sama2 kita fikir n renungkan..

0rAnG BeRjAyA 
1.mmg dah ditetapkn Allah bhw dia akan berjaya..maka Allah tlh menunaikan ketetapannya..
2.Allah menetapkan bhw dia x berjaya,tp Allah mengubahnya krn dia berusaha..

0rAnG gAgAl
1.mmg dah ditetapkan Allah bhw dia akan gagal,maka Allah menunaikn ketetapanNya..
2.Allah menetapkan bhw dia berjaya,tp Allah mengubahnya krn dia belum berusaha bersungguh-sungguh..

jadi,sama2 kita fikir..
Allah telah mengatur sesuatu yg sgt baik utk kita..
Bagi ana kegagalan bukan diukur dgn bilangan A..
tapi setakat mana usaha kita utk capai kecemerlangan..
kita sebenarnya sudah berjaya..

ana yakin,setiap kali sebelum kelur result exam.. 
kita x putus2 berdoa semoga Allah kurniakan 
kejayaan straight A utk kita dan sahabat2..
tapi adakah kita berdoa pada Allah supaya 
kuatkan,tabahkan dan tenangkan hati kita mengahadapi segala suratanNya?

Adakah kita berdoa pada Allah...:
  
    Ya Allah,andai ku tidak berjaya mndpat keputusan yg baik..kau tabahkanlah hatiku
     mengahadapi dugaanMu ini..kau perlihatkanlah kepadaku 1001 hikmah yg tersembunyi Ya Allah..

    Ya Allah,andai kecemerlangan yg kau aturkan utkku..kau peliharalah diri ini drp segala sifat keji
     iaitu sombong,ria' dan takabbur.Jadikan hambaMu ini seorang yg merendah diri..  

     Ya Allah,kau peliharalah kami dalam kalangan hamba2Mu yg sentiasa mensyukuri nikmatMu
 ... AMIN...


kata2 akhir utk coretana kali ini..

     "Syukurlah dgn apa yg kamu ada,dgn apa yg kamu x ada,


 dgn apa yg kamu dapat,dgn apa yg kamu x dpt"

Thursday, February 14, 2013

Terima Kasih Allah



Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat2
Jangan lupa ucap alhamdulillah untuk hari ini
Bukan sebab Allah pinjamkan result yang ok untuk kali ni
Tapi sebab Allah masih pinjamkan nikmatNya yang 'super' banyak
Teringat pesanan daripada salah seorang sahabat tak lama dulu
Katanya,jangan sampai dalam masa satu hari kita rasa takde sebab untuk sujud syukur
Means,sepatutnya tiap2 hari kita ucap alhamdulillah,tiap2 hari kita sujud syukur
Sebab nikmat yang Allah bagi tak pernah berkurang,malah makin bertambah
Muhasabah,Allah itu Maha Kaya,Allah itu Maha Pemurah

Baiknya Allah, Dia sentiasa menguji sekadar kemampuan kita 
Baiknya Allah, Dia pinjamkan sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan
Baiknya Allah, Dia sedarkan kita hakikat hidup bertuhan
Baiknya Allah, Dia ingatkan kita untuk bersama2 golongan yang bersyukur
Baiknya Allah, Dia sentiasa menguji, dengan ujianNya kita jadi hamba 
yang makin dekat kepada Pencipta

p/s: Mabruk alaikum buat sahabat atas result sem 1,,moga jadi 
      pembakar semangat untuk terus bersungguh2.
      Moga berjaya dunia akhirat
      Moga Allah redha

Terima kasih Allah
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan Hati
Teguhkanlah Hati-hati Kami Dalah AgamaMu dan Dalam Ketaatan KepadaMu
Amiin 

Tuesday, February 5, 2013

~a LiTtLe sToRy iN PaNdAn~

Bismillahirrahanirrahim...

Setelah berbulan-bulan membiarkan blog ini sepi tanpa sebrang catatan baru,
hari ini saya kembali mencoretkan sedikit kisah atas permintaan seorang sahabat..
Petang semalam sempat ronda2 facebook,then satu mesej masuk dalam inbox,
daripada seorang sahabatdari usim nilai..
berbalas-balas dua tiga mesej then dye ckp,,liyana,nanti free update blog tau,cerita2 kat pandan..
siap dgn smile sebijik..huhu

Saya tidak punya apa2 cerita,konfiuss,,ke byk sgt cerita
tentang Pandan(kampus usim pandan indah)..
Tapi inside me myself,saya pon teringin sgt nak dengar suara sahabat2 dari Nilai..
apa khabar kalian..Sahabat2 sekelas dulu,ttd3..My housemates,osems..
And sahabt yg sgt special,sgt saya tabik,,thanks sebab dh dua tiga kali call saya sejak kita berjauhan,walaupon saya x pernah call..thanks and i'm very2 sorry..
bukan saya lupa,bukan juga saya x sudi..bahkan saya sangat merindui kalian..
Tapi saya sgt sedar kekurangan diri,,kekurangan diri saya dlm memulakan perbualan..
Kalau saya call,saya xtau nk cakap apa,,percaya x..??
Sejujurnya saya sgt gembira dpt bercerita dan berkongsi dgn kalian..

Satu sem dalam fakulti perubatan usim,ternyata ibrahnya terlalu banyak,begitu juga mehnahnya..
Tapi x layak bagi kita sebagai hambaNya untuk mengatakan ujian Allah ini terlalu besar buat kita..
sebab Allah dah janji Dia takkan uji kita dengan sesuatu di luar kemampuan kita.
Hebatnya Allah,bila kita ingat janjiNya,kita rasa tenang 
sebab Dia,Rabb yang x pernah memungkiri janji.

Alhamdulillah..Allah izinkan hati ini untuk rasa seronoknya belajar medik..
Ramai yg cakap,belajar medik susah,,saya pon merasakan perkara yang sama,sebenarnya saya baru rasa..
Tapi,saya yakin belajar apa2 pon susah,,kan Allah dah janji jalan ke syurga kalau kita menuntut ilmu..
Menuntut ilmu bukan mudah,kena banyak berkorban,,and we need the passion dlm apa juga yg kita belajar.

Ikhlas dari hati,waktu belajar sangat seronok,sebab banyak sangat benda2 baru yang saya belajar,
walaupun pada hakikatnya,mak aii,sikit sangat daripada apa yang kita patut tahu..
Biasalah,adat kehidupan,ada suka ada duka,ada senyum ada muram,ada seronok ada juga yg x seronok,,that's the point..
Saya sangat teruk sebenarnya,sebab bagi saya part yg x seronok bila kuiz mengejut,time kena jawab soalan kat depan,time kena present,kena berlakon bagai..itu kekurangan saya..BUT i'm working on it,in shaa Allah.

Secara overall,subjek core,anatomy,physiology,biochemistry,,something new yang 'wajib' fall in love with them,,hmm
Waktu lecturenya sangat exciting,tapi waktu tutorial dan exam agak 'pening'..Mohon Allah mudahkan..
Kalau waktu tamhidi dulu,time tutorial boleh lagi nk jawab main2,sure x sure,,tapi sekarang...
Dr akan tanya kenapa jawab mcm tu,dan we have to give confident and correct answers..why..??
Sebab prof dan dr. cakap cuba bayangkan kalau u give wrong diagnosis to patient,then they're given wrong medicine,patient may die..dah,,semputt
Bila saya fikir dalam skop yg kecil,langsung x  ambil pusing pasal benda2 mcm ni,but if we think for the future,,doctors not only treating patients,but doctors dealing with patients' life,,semputt lagi.
Mohon Allah mudahkan..

Anatomy,,untuk faham in shaa Allah simpler than others tapi untuk ingat satu cabaran..
Masuk DR(dissection room),,lebih senang untuk faham,sebab kita melihat secara praktikal the cadaver(mayat)..dan di sana kita belajar untuk menghormati mereka,because they're our first patient..

Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah,Allah pinjamkan sahabat2 yang ramai dan sangat osem..
Bagi semangat waktu saya rasa down,,
Sudi bagi tazkirah buat halwa telinga,,
Sudi sharing problem..
Sudi ajak dan teman pergi program,,
Sudi bluetooth nasyid2 baru,,
Sebelum masuk medik,saya sedih sebab x dapat kos yg sama dengan sahabat yang selalu buat aktiviti kat atas ni bersama2 time tamhidi.. 
Tapi ternyata Allah itu Maha Mengetahui,Dia pinjamkan lagi sahabat2 yang berjiwa rabbani macam ni..
Kami wajibkan solat jemaah dalm rumah setiap hari..
Dan kadang2 kami buat solat jemaah satu batch muslimat..plus jamuan..
Saya kena bersyukur lagi sebab almost everyday akan ada dlm kalangan sahabat2 yg volunteer nk bg tazkirah,,yg dapat jentik2 hati2 supaya jangan terlalu ghairah belajar medik sampai kita lupa ilmu agama..
Selalu terasa,,bila kita spent more times on medical subjects rather than alquran and buku2 agama..
Dan yang cukup seronok bagi saya bila jarang2 sekali kitorang satu rumah pergi solat subuh di Masjid Nursaadah..

Cukuplah sampai sini dulu coretan saya kali ni..
Sebab tangan dah genyeh2 mata..tanda mengantuk..
Tangan pun dah banyak kali tekan backspace,,tanda tulis merapu2..huhu 
Buat 'sahabat' saya ini,minta maaf andai permintaan anda x dapat saya laksanakan dengan jayanya,,hehe
Nanti lain kali saya akan ceritakan cerita2 yg 'HOT' di pandan ea,,gurau..

Wassalam
~sesi 2 pembersihan sawang~

Wednesday, August 15, 2012


Masih Mencari

Ramadhan hampir melabuhkan tirai
Tapi belum terlambat untuk merebut waktu yang berbaki
untuk menjadikan ini Ramadan terbaik yang lalui..

Setelah sekian lama berdoa
Setelah begitu banyak kegagalan yang ditempuhi
Belum tentu ini yang terbaik 
Mungkin terbaik yang ana rasakan 
Belum tentu itu yang terbaik pada Tuhan ana


A216

                                                  Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) 
                    sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu 
                   padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. 
                      Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 


Boleh jadi apa yang kita rasakan baik bagi kita
kenyataannya ia buruk pada kita
Boleh jadi apa yang kita rasakan buruk bagi kita
kenyataannya itulah yang baik pada kita 
Betapa terbatasnya pengetahuan makhluk
sedangkan Dialah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu 

Firman Allah ini sentiasa menjadi pengubat dan kekuatan 
tatakala diri ini lemas dengan ujian yang kecil cuma
tatkala iman ini goyah dengan dugaan yang tak sebesar mana

Dan sehingga sekarang walaupun jawapannya dah pun di depan mata
Impian seakan-akan bakal menjadi nyata 
Ana tetap tertanya-tanya,di sinikah tempatku..??
Takut tak mampu,bimbang kecundang di pertengahan jalan
Bimbang ini bukan yang terbaik bagi Tuhanku
 
Tapi bila ditanya pada diri sendiri
Kenapa harus takut pada sebuah kegagalan..??
Kegagalan bukan satu jenayah
Kegagalan juga bukan satu dosa
Malah kegagalan adalah satu motivasi

Lantas,ana berbisik pada diri sendiri
Ini yang Allah tetapkan,pasti ini yang terbaik
Andai di tengah jalan nanti diuji dengan kegagalan 
dan ketidakmampuan,,adakah itu juga yang terbaik..??
Ya,,pasti itu juga yang terbaik..
Kerana Dia sebaik-baik perancang
Di sebalik kegagalan itu pasti Dia mengaturkan 
hikmah yang maha hebat untuk diteladani 


Sedikit masa yang berbaki sebelum mendaftar ke fakulti 
Ana terus berharap dan berdoa..semoga 
di sana ada keghairahan mencari ilmu
di sana ada teman2 yang mampu membimbing
di sana ada keredhaan mengiringi perjalanan
Dan semoga di mana jua sahabat2 berada
Di sana kalian mampu melihat hikmahnya
Amiin ya Rabbal 'Alamiin..


 Bilik Mayat 


Boleh dikatakan acap kali ana melalui jalan di depan Hospital Dungun
Memandangkan jalan itu ialah main road ke bandar Dungun dari rumah
Dan setiap kali itu jugalah ana akan menoleh ke arah Bilik Mayat
yang terletak betul2 di tepi pagar hospital..

Teringat waktu kecik2 dulu
Setiap kali lalu depan hospital ini,baba cakap kalau lampu bilik mayat menyala
maksudnya ada orang baru meninggal dunia
Jadi setiap kali lalu,tengok bilik mayat dah jadi satu habit
Bezanya,kalau dulu tengok dengan pandangan yang kosong
Tak ada apa2 makna..Yang adanya rasa takut sikit.
Sekarang,walaupun dah tahu tak semestinya kalau lampu bilik mayat nyala
ada  orang baru meninggal dunia..
Boleh jadi jenazah dah lama meninggal,cuma baru dituntut
Boleh jadi nak buat post mortem pada mayat yang dah lama,,maybe
But still,setiap kali lalu ana akan tengok bilik mayat
Tapi dengan pandangan yang lebih bermakna
Pandangan yang lebih memberi keinsafan kepada diri
  
Setiap kali tengok lampu bilik mayat menyala
Setiap kali itu juga mengingatkan diri
Hari ini,Si Fulan..Si Fulanah dah dipanggil bertemu Tuhan
Tak siapa tahu siapa seterusnya
Tapi semua tahu masa kita pasti tiba..

Tak kira di mana nyawa kita dicabut
Mungkin kesudahan kita di bilik mayat,mungkin tidak
Semoga kita semua ke syurga..
Amiin..

Salam Muhasabah
 

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Terbaik

Allahumma bariklana fi rejab wa syaa'ban wa ballighna ramadhan..
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah,kita disampaikan ke bulan Ramadan
tapi belum tentu Allah izinkan kita utk menikmati sebulan penuh bulan barakah ini
mungkin tahun ini ramadan terakhir atau mungkin hari ini ramadan terakhir
wallahua'lam..

Maka,setiap hari tajdidkan niat utk jadikan Ramadan ini Ramadan terbaik yg kita lalui
pasakkan azam utk mulakan setiap hari di bulan ini dgn ibadah 
hebatnya ramadan,,dikhususkan ibadat2 tertentu seperti solat tarawih,,
bahkan ibadah2 yg lazim kita lakukan di bulan2 lain pon digandakan ganjarannya
apabila dilaksanakan dalam bulan ramadan..

Pada tahun ini,insyallah sebulan penuh bulan ramadan ana sambut di rumah,,
Alhamdulillah,dah lama sangat x puasa penuh kat rumah.
Plus,di masjid sura ni imam utk solat tarawih ialah Ustaz Sukri Omar dan Ustaz Nafis Nawi
daripada sekolh dulu,imtiaz dungun,,so jd macam excited ckit..
pasal dah lama x dengar khabar dan suara ustaz2 ni,,
Allahu yubariku fiihima,,hmm,,betul ke dhamir ni..??

peringatan buat diri dan para sahabat:
di saat kita menggesa diri memaksimumkan ibadah
memeperbanyakkan kuantiti solat,tadarus alquran dalam bulan ramadan,, 
jangan lupa yg lebih penting ialah ibadah yg optimum
yakni dalam keadaan terbaik dan lebih berkualiti
puasa yg lebih sempurna,,solat yang lebih khusyuk,,
ibadah dalam keadaan hati yg lebih bersih..
insyaallah..




sebagai kalam penutupan,ana kongsikan sedikit kata2 drp seorang sahabat..

Salam Ramadan,
Datang ia setahun sekali,
Saat paling dinanti-nantikan,
Tingkatkan pahala bekalan ukhrawi,
Jadikan bulan mentarbiah diri,
Pohon keampunan semaksima diri,
Moga lailatul qadar dapat dikecapi.

Wassalam