Wednesday, March 16, 2011

~cinta AKHIRAT vs cinta DUNIA~



Bismillah..
Sudah hampir seminggu ana x mengepos
catatan bru utk blog ini..
harp maaf atas kesulitan yg berlaku..

hmm..ana teringat satu slot yg dijalankn 
ketika mengikuti satu kem baru2 ini..
dlm slot tersebut..setiap peserta 
diberi masa 10 minit utk bersedia
bg menyampaikn tazkirah..

dan syarat2 tazkirah tu plak...
1.mestilah disertai sekurang2nya sepotong hadis
dan sepotong ayat alquran
2.hehe..kurangkan loghat keTERENGGANUAN..
(alamak..berat ni..)

lalu masing2 kelam kabut..
nak bagi tazkirah apa..??
nak bagi hadis n ayat quran apa..??
so fenomena masa tu..belek2 quran mencari dalil..
dan x kurang juga yg bertanya shbt2 di sebelah..

then..sorang demi seorang berlalu..
selesai muslimin bagi tazkirah..tibalah time muslimat puler..
kne voluntier sape nk bg dlu..
akernya smpai saat ana..

ana smpaikan ttg 'cinta akhirat'..
so..jom dengar..jom hayati..jom amal..

Allah swt berfirman dalam surah at taubah:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka 
dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan)
 mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.
 (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan 
oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi
 yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah 
dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) 
jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar

jika kita fikir2kan golongan macam mane yg
sanggup membunuh dan terbunuh di jalan Allah ni?
mereka adalah golongan yg mencintai akhirat melebihi cintanya
kepada dunia yg sementara..

yaa..dunia ini cukup kecil nilainya..
berbanding akhirat yg kekal selamanya..
sabda rasulullah saw:

"perumpamaan dunia dan akhirat ialah kalian mencelupkan
jari kalian ke laut,kemudian diangkat,lihatlah dunia hanya
air yang ada di jari tersebut.."

masyaAllah..alangkah ruginya orang2 
yg mencintai dunia semata2 kerana dunia itu
terlalu kecil(super kecil) dibandingkan
dgn akhirat yang super luas nikmatnya..

suka utk ana bawa satukisah yg diceritakan oleh
Anas bin Malik r.a...satu hari beliau menemui Rasulullah..
ketika itu baginda sedang berbaring atas tikar pandan
kecil bersulam dan di bawah kepalanya ada bantal kulit 
berisikan rumput kering..
beberapa 0rg shbt dtg termasuk Umar al Khatab..
Rasulullah bangun dlm keadaan x berbaju..
saat terlihat bekas sulaman tikar pd tubuh Rasulullah..
Umar menangis..

Rasulullah bertanya:"merngapa kamu menangis?"
Umar menjawab:"Demi Allah,saya menangis krn sy tahu Allah 
lebih memuliaknmu drp Kisra dan Qaisra,tetapi mereka hidup 
dlm kesenangan.Sementara engkau tinggal di tempat yg sy lihat ini?"

kata Rasulullah.."Apakah kamu x rela dunia menjadi
milik mereka dan akhirat milik kita?"

Umar menjawab.."Ya,Rasulullah.."

begitulah kisahnya..betapa sederhana hidup Rasulullah..
sdgkn baginda pemimpin teragung..
tapi kerna dalamnya cinta pd akhirat..
kemewahan dunia bukan menjd taksuban ... 

sama2 kita renung..kita fikir..kita muhasabah..
kita selami..adakah kecintaan kita pd akhirat
mampu mengatasi cintanya kita pd dunia..

...wallahu a'lam...






No comments:

Post a Comment