Wednesday, August 15, 2012


Masih Mencari

Ramadhan hampir melabuhkan tirai
Tapi belum terlambat untuk merebut waktu yang berbaki
untuk menjadikan ini Ramadan terbaik yang lalui..

Setelah sekian lama berdoa
Setelah begitu banyak kegagalan yang ditempuhi
Belum tentu ini yang terbaik 
Mungkin terbaik yang ana rasakan 
Belum tentu itu yang terbaik pada Tuhan ana


A216

                                                  Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) 
                    sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu 
                   padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. 
                      Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 


Boleh jadi apa yang kita rasakan baik bagi kita
kenyataannya ia buruk pada kita
Boleh jadi apa yang kita rasakan buruk bagi kita
kenyataannya itulah yang baik pada kita 
Betapa terbatasnya pengetahuan makhluk
sedangkan Dialah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu 

Firman Allah ini sentiasa menjadi pengubat dan kekuatan 
tatakala diri ini lemas dengan ujian yang kecil cuma
tatkala iman ini goyah dengan dugaan yang tak sebesar mana

Dan sehingga sekarang walaupun jawapannya dah pun di depan mata
Impian seakan-akan bakal menjadi nyata 
Ana tetap tertanya-tanya,di sinikah tempatku..??
Takut tak mampu,bimbang kecundang di pertengahan jalan
Bimbang ini bukan yang terbaik bagi Tuhanku
 
Tapi bila ditanya pada diri sendiri
Kenapa harus takut pada sebuah kegagalan..??
Kegagalan bukan satu jenayah
Kegagalan juga bukan satu dosa
Malah kegagalan adalah satu motivasi

Lantas,ana berbisik pada diri sendiri
Ini yang Allah tetapkan,pasti ini yang terbaik
Andai di tengah jalan nanti diuji dengan kegagalan 
dan ketidakmampuan,,adakah itu juga yang terbaik..??
Ya,,pasti itu juga yang terbaik..
Kerana Dia sebaik-baik perancang
Di sebalik kegagalan itu pasti Dia mengaturkan 
hikmah yang maha hebat untuk diteladani 


Sedikit masa yang berbaki sebelum mendaftar ke fakulti 
Ana terus berharap dan berdoa..semoga 
di sana ada keghairahan mencari ilmu
di sana ada teman2 yang mampu membimbing
di sana ada keredhaan mengiringi perjalanan
Dan semoga di mana jua sahabat2 berada
Di sana kalian mampu melihat hikmahnya
Amiin ya Rabbal 'Alamiin..


 Bilik Mayat 


Boleh dikatakan acap kali ana melalui jalan di depan Hospital Dungun
Memandangkan jalan itu ialah main road ke bandar Dungun dari rumah
Dan setiap kali itu jugalah ana akan menoleh ke arah Bilik Mayat
yang terletak betul2 di tepi pagar hospital..

Teringat waktu kecik2 dulu
Setiap kali lalu depan hospital ini,baba cakap kalau lampu bilik mayat menyala
maksudnya ada orang baru meninggal dunia
Jadi setiap kali lalu,tengok bilik mayat dah jadi satu habit
Bezanya,kalau dulu tengok dengan pandangan yang kosong
Tak ada apa2 makna..Yang adanya rasa takut sikit.
Sekarang,walaupun dah tahu tak semestinya kalau lampu bilik mayat nyala
ada  orang baru meninggal dunia..
Boleh jadi jenazah dah lama meninggal,cuma baru dituntut
Boleh jadi nak buat post mortem pada mayat yang dah lama,,maybe
But still,setiap kali lalu ana akan tengok bilik mayat
Tapi dengan pandangan yang lebih bermakna
Pandangan yang lebih memberi keinsafan kepada diri
  
Setiap kali tengok lampu bilik mayat menyala
Setiap kali itu juga mengingatkan diri
Hari ini,Si Fulan..Si Fulanah dah dipanggil bertemu Tuhan
Tak siapa tahu siapa seterusnya
Tapi semua tahu masa kita pasti tiba..

Tak kira di mana nyawa kita dicabut
Mungkin kesudahan kita di bilik mayat,mungkin tidak
Semoga kita semua ke syurga..
Amiin..

Salam Muhasabah